Selamat malam blogger.
Sorry susah la nak update everyday sebab Manja buzy sangat. Pertama sekali Manja nak minta maaf sangat korang yang join Mini Giveaway Manja. i'm so sorry sbb ade segelintir penganjur x menepati janji. Maaf ye. Next time Manja akan make sure everything akan berjalan dengan lancar ok :). So hari ni Manja nak kongsi sedikit ilmu dengan you olls about eyeliner
What is Eyeliner ?
ANSWER: Eyeliner adalah pengaris mata yang paling di gemari oleh girl- girl di luar sana. eyeliner is the simple makeup kalau you olls nak ke kelas atau pun shopping or window shopping. Kalau nak pergi dating tu semi heavy makeup sikit hehe.
Eyeliner ada 5 jenis (yang paling popular). Jom kita terjah satu persatu eyeliner.
1) Pensil
Jenis Pensil ni sesuai untuk ke kelas. Natural je. Tapi youolls kena asah la setiap kali tumpul. Jenis pemalas macam Manja baik payah beli . Satu lagi kalau terbeli yang jenis susah nak lekat kat mata, kalau korang tekan2 bagi terang mesti mata you olls sakit. kalau x nak sakit sila beli jenama yang mahal sikit :). kepekatan die so so. Kira boleh boleh la
2) Stick
Eyeliner ni ok untuk beginner kerana senang nak apply, x pekat sangat so x perlu risau kalau comot. Yang best eyeliner ni x perlu asah cuma you olls perlu pusingkan bahagian batang. Tetapi ade dua jenis stick eyeliner. Sangat sesuai untuk ke kelas sebab just pusing dan apply
i) boleh pusing keluar dan pusing masuk semula
you olls yang tak sengaja pusing terlebih tu boleh pusing untuk simpan semula.
ii) boleh pusing keluar tetapi tidak boleh pusing masuk semula
you olls yang tak sengaja pusing terlebih, korang x boleh untuk pusing simpan. so sayang sebab korang maybe perlu patahkan eyeliner tu huhu. membazir tu. so sila pilih jenama yang terbaik ye. Sesuai untuk diapply di bahagian bawah mata di waterline
3) Kajal
sangat murah di pasaran dalam RM5 ke RM10 dah boleh dapat. kalau yang nak bajet ala2 Aishwarya Rai. boleh cuba. Manja x pernah try lagi. you olls yang pernah pakai or suka pakai sila komen kat entry ni yer. boleh kita kongsi ilmu.
4) Liquid eyeliner
Liquid eyeliner sesuai untuk di apply di atas mata. Dibawah mata kurang sesuai. You olls yang suka buat Cat eye memang sesuai sangat guna Liquid eyeliner sebab Cat eye you olls akan jadi sangat sharp seperti picture gambar di bawah. You olls cuma perlu celup dan calit di mata
Liquid eyeliner ni ade dua jenis
i) dalam bentuk botol
Kalau dalam bentuk botol, you olls jangan lupa untuk tutup ketat2 sebab nanti bila masuk angin jadi keras macam maskara plak. So bila you olls nak guna dah x elok.
ii) dalam bentuk maker pen
Dalam bentuk maker pen ni ciptaan terbaru juga untuk liquid eyeliner. Senang je, korang buka terus apply kat mata korang. Tangan you olls yang ala2 Parkinson tu digalakkan hati2 takut comot dah x comel nanti mata you olls. warna sangat terang ok. kalau you olls nak gi dinner digalakkan untuk pilih Liquid Maker pen ni.
5) Gel
Gel eyeliner dalam bentuk botol/ bekas kecil dan disediakan satu batang berus free untuk kita apply.Gel eyeliner ni sesuai untuk dapat gaya dramatik, so kena rajin tengok tutorial di youtube. Untuk buat gaya arabic eye sangat sesuai bagi pendapat Manja. Jangan lupa tutup rapat selepas guna untuk elakkan kering. beli mahal2 guna 5 or 6 kali dah kering x ke rugi tu!
Pilihan Manja untuk eyeliner.
1)GEL eyeliner
2)Liquid marker pen eyeliner
3)Stick eyeliner
Jangan lupa tinggalkan komen anda tentang eyeliner jenis mana menjadi kegemaran anda boleh kita berkongsi ilmu
p/s: kita akan sambung part 2 tentang eyeliner. before that enjoy your reading dear.
ll Thank for Like or Comment my blog, i'm really appreciate ll